Posts

Showing posts from March, 2016

Hari Suaikenal PDIM

Image
Pengenalan Hari Suaikenal merupakan program yang pertama kali diadakan di pusat dakwah. Program ini dijalankan bagi memperkenalkan kepada para pelajar yang lama dan baru akan persekitaran serta suasana di pusat ini. Disamping itu, program ini juga memberi ruang dan juga peluang kepada para pelajar bagi mengenali dengan lebih dekat seluruh warga pusat dakwah. Di samping itu juga, program ini juga diadakan bagi meraikan salah seorang tenaga pengajar yang akan menamatkan tugasan beliau di sini. Beliau telah berkhidmat hampir 3 tahun iaitu ketika bermulanya penubuhan pusat dakwah ini. Bagi menghargai jasa beliau, pihak yayasan telah menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan atas jasa yang telah beliau taburkan.  Pihak pengurusan mengharapkan agar dengan program sebegini dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama mereka. Semoga dengan program ini dapat dijalankan di masa yang akan datang.  Objektif Mengeratkan ikatan silaturahim di antara staf dan para pelajar.

Kem Anak Soleh (KASEH)

Image
Program Kem Anak Soleh (KASEH)  Kem Anak Soleh merupakan program tahunan PDIM yang dijalankan pada setiap cuti persekolahan yang merupakan sebuah kem pembentukan jati diri untuk anak-anak saudara. Program ini juga merupakan program kerjasama antara PDIM dan siswa HALUAN. Melalui kem ini, pihak PDIM menharapkan agar para peserta lebih memahami erti hidup sebagai seorang muslim dan hamba Allah yang lebih berkeyakinan untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama peserta.  Pada 17-19 Mac yang lalu, PDIM dengan kerjasama siswa HALUAN berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya. Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar PDIM dan juga luar. Program ini telah disertai seramai 40 orang peserta yang berumur dari 12 hingga 17 tahun. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah "ice breaking", "team building", ceramah motivasi Islam yang disampaikan oleh pencer
Tawaran kursus  Terdapat 2 jenis kursus yang ditawarkan di PDIM iaitu kursus jangka panjang dan kursus jangka pendek. 1. Kursus Jangka Pendek. Kursus Perkaderan Dakwah Islamiah dalam pelbagai bahasa. Latihan Berdakwah kepada non-muslim. Kursus komunikasi dan Pengucapan dalam berdakwah. 2. Kursus Jangka Panjang dan Matapelajaran PDIM telah membahagikan kelas kepada 2 iaitu Kelas I'dadi dan Kelas Ulya. Kelas I'dadi lebih memfokuskan kepada kursus asas Islam bagi saudara baru dan anak-anak saudara baru yang baru memeluk Islam. Manakala kelas Ulya pula memberi penekanan kepada kursus kefahaman Islam kepada saudara baru dan anak-anak saudara baru yang mempunyai asas-asas  ilmu fardhu ain. Selain itu juga, pihak PDIM ada menyediakan kursus pemantapan Islam dengan beberapa subjek yang bakal dipelajari oleh para pelajar.  A. Kelas I'dadi (اعداد) Aqidah Fiqh Akhlak Iqra & al-Quran Amali B. Kelas Ulya (عليا) Aqidah Fiqh Akhlak Iqra &

PDIM

SEJARAH PENUBUHAN Sejarah penubuhan Pusat Dakwah Islamiah al-Muhammadiah (PDIM) bermula apabila tidak terdapat satu pusat khusus yang menekankan latihan dakwah Islamiah untuk saudara baru. Pusat ini dapat membentuk para saudara dan anak saudara baru supaya berada di dalam suasana Islam (Insan Soleh) dan melahirkan fikrah Islamiah bagi mewujudkan bakal pendakwah Islam serta membimbing mengenai kaedah dan tatacara menyebarkan Islam kepada masyarakat bukan Islam.  Pada Mac 2013, Pusat Dakwah Islamiah al-Muhammadiah (PDIM) mula beroperasi sepenuhnya. PDIM ini ditadbir di bawah Yayasan Abu Bakar dan dibiayai sepenuhnya oleh Yasmin Holding.  PDIM ini telah didaftarkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dengan nombor pendaftaran 09/2014.  SYARAT-SYARAT KEMASUKAN Pelajar mestilah berumur 13 tahun dan keatas Permohonan dibuka untuk para saudara baru dan anak-anak saudara baru Setiap pelajar wajib menyertai kursus Asas Fardhu Ain selama 1 t

Pengenalan

VISI Menjadikan Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi sebagai pusat bimbingan dan latihan saudara baru ke arah pemantapan Islam MISI Memantapksan sahsiah diri, ilmu serta iman dan amal Membimbing serta melatih golongan saudara baru memahami ajaran Islam sepenuhnya Mewujudkan sistem pendidikan yang sistematik sebagai bimbingan dan latihan kepada saudara baru OBJEKTIF Membina peribadi Muslim Mukmin (Insan Soleh) yang dapat memenuhi syarat-syarat keislaman Melatih kehidupan supaya berada di dalam suasana Islam Untuk membendung gejala murtad Untuk menyebarkan Islam dikalangan bukan Islam