Posts

Showing posts from May, 2016
Image
Ceramah Kesihatan Pusat Dakwah Islamiah al-Muhammadi telah menganjurkan satu ceramah kesihatan kepada seluruh warga staf dan pelajar. Diantara objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar dan seluruh warga staf PDIM akan bahayanya merokok. Program ini juga dijalankan bagi menyahut seruan Kementerian Kesihatan akan bahayanya merokok serta kesannya terhadap masyarakat.  Selain itu juga, program ini juga dianjurkan bagi memberi maklumat akan hukum merokok dari sudut pandangan Islam. Program ini bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Slot Pertama : Dr. Hj. Azlan bin Kamalludin Ketua Jabatan & Pakar Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Langkawi Slot Kedua : al-Fadhil al-Ustaz Imran bin Hj. Ahmad Timbalan Pengerusi Perkim Slot Ketiga : Tn. Hj. Md Noor Bekas Anggota Polis IPD Kuala Muda
Image
Ceramah Israk dan Mikraj Pusat Dakwah Islamiah al-Muhammadi telah mengadakan ceramah Israk dan Mikraj. Program ini telah dijalankan bagi memberi pengetahuan tentang peristiwa agung yang terjadi di dalam lipatan sejarah umat Islam. Pihak PDIM telah menjemput al-Fadhil al-Ustaz Azizi bin Abdullah guru di Sekolah Kebangsaan Taman Besatu bagi berkongsi ilmu serta pengetahuan berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj. Program telah bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Program mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar. Semoga dengan program yang dijalankan dapat mengisi waktu yang terluang dengan program yang bermanfaat kepada para pelajar.   Ustaz Azizi b. Abdullah  Sesi bergambar bersama penceramah