Ceramah Kesihatan

Pusat Dakwah Islamiah al-Muhammadi telah menganjurkan satu ceramah kesihatan kepada seluruh warga staf dan pelajar. Diantara objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar dan seluruh warga staf PDIM akan bahayanya merokok. Program ini juga dijalankan bagi menyahut seruan Kementerian Kesihatan akan bahayanya merokok serta kesannya terhadap masyarakat. 
Selain itu juga, program ini juga dianjurkan bagi memberi maklumat akan hukum merokok dari sudut pandangan Islam. Program ini bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.


Slot Pertama : Dr. Hj. Azlan bin Kamalludin
Ketua Jabatan & Pakar Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Langkawi


Slot Kedua : al-Fadhil al-Ustaz Imran bin Hj. Ahmad
Timbalan Pengerusi Perkim


Slot Ketiga : Tn. Hj. Md Noor
Bekas Anggota Polis IPD Kuala Muda







Comments